Monday, 31 December 2012

Sawah and Padi, Garlic and Crepe

Assalamualaikum, hai :)

Lots of good things happened, sejak balik kampung ni.. Rasa free je otak. Almaklum, study leave. Study leave is the time when i leave my study. Hmmph, hampeh.

Whats with sawah, padi, garlic and crepe? Yep, sume tu takde kena mengena antara satu sama lain. This morning, bila kitorang keluar with family and kebetulan lalu kat kawasan kampung. Adik aku yang second last tanya umi, " Umi, tu sawah ke?" Aku tengok kat luar tingkap belah kanan, daun-daun kuning, tinggi-tinggi. Tetiba adik aku yang last " Bukanlah.. yang belah kiri ni la padi, yang tu bukan sawah" aku tengok belah kiri, hijau. Ok fine, dua-dua belah tu lalanglah! Mak ngan ayah aku gelak je. "Sawah tu, tempat padi tumbuh, dalam tapak sawah tu la ditanam padi. Nanti kite pegi kedah ye, tengok jelapang padi". Hadoi, budak-budak..facebook ngan twitter pandai pulak beza.

ceteka apeni? sumber: gugel

And here the garlic and crepe story. Semalam, ada rancangan Chef Ammar kat TV Alhijrah. Kat rumah nenek, "Tadi tengok tak chep amar masak? nampak sedap kan?" "Aah, tok, lagi2 ayam dia tu peergghh.." "Kak, tok nak tanya la galik tu menatang apa? Benda lain macam senang je dapat, galik ni ape ha?" " Hahaha.. garlic la tokk.. garlic tu bawang putih jew, hihi" "lah, bawang putih je, dari tadi tertanya-tanya amende la galik2 tu.." and the masak-masak story began. "Tok nak tau tak kat kl durian ni orang buat durian crepe, durian tu campur2 ngann cream pastu balut ngan kulit kuih ketayap tu. Mahal pulak tu dijualnya, tapi orang kata sedap" Nenek aku dengan sinisnya "Eleh, kat kl tu ko bagi la pasir dengan batu sekalipun, semua laku..Diorang buat bukan sedap sangat pon". Begitulah, luahan rasa seorang nenek terhadap makanan2 key el, errk =.=

2012 bakal berlabuh, I dont want to wish a happy new year or tanya apa azam untuk tahun depan, sebab setiap orang mesti tahu apa yang dia nak dalam hidup. Usaha yang menentukan kejayaan, plus doa. Selamat meneruskan hidup :)

Sunday, 23 December 2012

Lelaki Itu

Assalamualaikum, hai...

Semalam, hari berjimba bersama teman2. Perhaps that was the second last time kita keluar sama-sama. But not the last time yet.. Masih ada hari esok, so masih ada peluang kita keluar lagi..

Tapi itu bukan main pointnya sekarang ni. Alkisahnya, time tengah beratur nak beli coin LRT, aku ternampaklah sorang mamat kat mesin sebelah...  Tengok kasut, Bonia..satu tangan pegang paper beg, LV- Louis Vuittons. Lagi satu tangan tengah masuk duit beli coin, wallet-Bonia, tengok seluar, slack-taknampakla pulak brand ape, tengok baju bunga2 kecik, ala vintage gitu, badan kecik, tengok muka, boleh tahanla..

Aku terfikir, lantas memandang kawanku disebelah.. kami mengangguk..senyum..Masuk je dalam LRT, aku buka mulut. "Weh..ko nampak tak tadi.. That guy.." But a quick action of kawan aku telah menarik tanganku supaya menslowkan suara dan memalingkan muka ku ke sebelah kiri..Alamak, lelaki tu baru je lalu bsebelah aku.. Mujurlah aku tak teruskan pembukaan mulut busukku itu..

Lepas line was quite secure-so-to-called, kami memulakan acara anyam ketupat. " Laki tu tadi.. ko nampak kan.." "Nampak.." "Kalaulah laki aku camtu nanti, i'm dead" Yeah, perempuan memang suka things like Bonia, branded you. But what if cik abang yang lebih, cik adik menyorok dalam boot la jawabnya...Kenapa? sebab dah kalah dengan cik abang sendiri, hehe. "Aku rasa kerja dia mesti kat design company takpun fesyen mesyen, jumpa2 artis. Sebab tu baju dia so sweet bunga-bunga." Spekulasi demi spekulasi yang timbul. Semuanya kerana lelaki itu... Maafkan kami. Andai abang terjatuh, bangun sendiri.

nak satu!

Thursday, 20 December 2012

Awan Gelap






Living in society does not always favor you :'(







Sunday, 16 December 2012

Ignorance and Manipulation

Hai, Assalamualaikm........................................................

Haa..Panjang gitu salam aku sepanjang tempoh masa aku tak hupdate, ehehe.. Biasalah, blog ni bukan auto-updater. Whatever i did, it'll show up? Ofkos not la..

Hari ni nothing special to story about. Just lepas gian menulis *sambil makan bisekut*. Almaklum, thesis baru je siap, berjoli-joli kejap wohoo..

When we have lots of works, surely benda yang usually kita buat tak terbuat right? Padahnya, baju menggunung sampaikan bakul baju tu pon nampak mcam dah nak pecah. Punyelah banyak tak basuh baq hang. Alasan sebab banyak kerja? Tak munsabah wohoi, ahha. Dengan adanya sikap ignorance aku terhadap little picky things like that have made me, the hara today. Bangga? Kirim salam ajela~

The second thing that i always ignore is bila orang bercerita, and i was really interested in that story, and at some point i wanted to know more, tapi aku tak bother pon untuk tanya kat orang tu sebab takut dia terasa or dianggap sebagai badan sibuk (bizibodi). But i like to give comments on their statements. Let say orang tu cakap, "Weh, sedap la kari mamak ni". Dengan segala ilmu yang aku ada, i'll reply "Ko tak tahu diorang buat camane sampai sedap likat dia punya kari ni..haha" and then, the original story akan beralih kepada cara2 pembuatan kari mamak.

See the manipulation? Kat mana kita tadi? And whats the point actually? ops.

blur plak dah


p/s: Thanks a lot kepada akak 4 kaki 8 kerana bermurah hati bagi present from Jakarta lagii. Dah lama sampai, baru berkesempatan nk tunjuk. Another ignorance? hehe.


Monday, 26 November 2012

2 Minggu

Assalamualaikum and Hai,

Ini bukan tajuk filem ye, hehe. yes, 2 minggu lagi waktu yang tinggal untuk aku. Sebelum aku meninggalkan alam yang penuh duka lara ini. Dan entri ni juga bukan entri terakhir aku ye.. 2 minggu terakhir masa sebelum dateline untuk aku hantar thesis aku ni ha. So after this, tiada lagi aktiviti penyerabutan otak dengan perkataan thesis, thesis, thesis.  Tengah pulun buat yang all the bestlah orang putih kata.

saje gatal printscreen 


Meaning that i'm in my final year lah tu.. Tak lama lagi nak habis belajar, tinggal 2 bulan lagi kot kalo tak silap. I am surely gonna miss my student life, my monday blues taksiap assignment, my unmatured friends, my bulatan gembira and lecturers yang garang tapi sayang lebih (markah tak lebih pon).

Proses pembelajaran tu tak pernah habis, so aku nak keep studying. Not necessarily term 'study' tu perlu ada formality, kerusi meja slide bagai. Nonono~ I want to learn about everything. Wanna feed my curiosity. And aku tak rasa semua yang kita nak belajar tu ada dalam internet yang serba luas pemandangan orang kata. Nooo tak sama.  Life and Learn-that 2 words must be together.



-

Sunday, 18 November 2012

Oh, Adamku Ditukar!


Hai, Assalamualaikum

Aku baru je siap baca novel Adam & Hawa yang sekarang ni glamor sungguh yew kat tibi tu.. Yes aku tahu novelnya dah keluar lama, and aku baru nak baca? And yes jugak  jawapannya. Bukan sebab cerita ni tengah hot, tapi atas rasa tanggungjawab sosial  untuk menghabiskan pembacaan aku dari tahun lepas tak habes2 -.-“. Aku ni jenis yang tak curious unless cerita tu betul2 trigger my mind. And atas sebab lain di mana kawan aku yang gila novel telah memaksa aku supaya aku habiskan my reading.


Tapi another problem arise when sebelum ni aku bayangkan Adam tu as Johny Depp and Hawa tu aku sendiri (hawa-hara? ;p), kehkeh.  Lagi separuh bacaan, my adam dh jadi macam multiple personality pulak dgn aaron bila cerita ni dah dimasuk dalam tv..Walaupun aku tak tengok banyak pon, (around one scene perhaps?hehe).. faham tak perasaannya bila bayangan orang lain pulak bercampur2 dalam imaginasi aku, hahaha. Tak syok tau. Ok lah, itu saja setakat ni. Before I continue my writing and condemn the jalan cerita, sekian, terima kasih..babai :)

p/s1: teringin buat ayat novel, tapi last2 ayat2 tu semua layak masuk recycle bin je

p/s2: lets pray for our sisters and bothers at  Gaza :'(

Parnah terbayang tak bila dengar hujan peluru? This is real



Sunday, 11 November 2012

Future: Career Woman vs Housewife

Bila tengok tajuk ni, mesti terbayangkan drama mak2 dengan anak2 dara. "Ko tak payahlah belajar tinggi2, nanti kat dapur jugak tu haa tempat ko.." Biasa kan? And zaman sekarang ni pon still ramai pompuan pikir camtu.. tak salah... So aku pikir lepas habis belajar ni, nak kerja, sambung master kot, lepas tu kawen, lepas tu beranak lepas tu jadik fulltime housewife lah. Bijak tak rancangan aku? Bijak kan.hehe


Sebab aku terpikir benda ni bila kebelakangan ni aku selalu balik lewat. Orang dah pegi masjid solat maghrib, baru terkocoh2 balik rumah. Bukannya apa, tak manis kann. Dahlah tu, beli makanan kedai je memanjang. Keluar pagi, balik malam. Camano tu? Memang fail lah ciri2 menantu pilihan di situ. So, rase2nye rancangan future aku tu valid tak? Aku ngan kengkawan selalu berkesimpulan: carilah laki kayo. Duk rumah jaga anak, jaga laki.heaven.

Tapi ayah aku alaf baru punya bapak agaknya. "Kak, lepas degree ni buat master bleh jadi lecturer, pastu sambung phd kat oversea. Ayah bleh temankan..haha". Ohmaigod, sungguh futuristic bapakku. And the answer to be a lecturer is always a no no. Dulu memanglah cita2 masa dajah 6 nak jadi lecturer, sebab selalu masuk syarahan..Minat betol time tu. Maybe salah definition kot, syarahan=pensyarah. Whatde lah.


-Kita merancang, Allah juga merancang dan sebaik-baik perancangan adalah perancanganNya :)

Friday, 9 November 2012

One Big Step

Hai, Assalamualaikum..

Sebenarnya menulis bukanlah kegemaran aku, tapi that feeling bila ko dapat sampaikan sesuatu kepada orang without pending is the thing i much appreciate in writing. Yela, kalau bercakap ade je yang menyampuk, akanku sepak mulut2 durjana tu. So, to prevent the harm, i prefer to writelah.hehe. Eceh, ayat macam beginner. Just to mention, i have blog once, and my name was hara too. Kenapa tukar? #sukahatiakulahkan. hehe. Takdelah, sebenarnya i want to have a difference. Maybe dari segi writing tu sendiri, more matured perhaps? hopefully lah. And one little secret is, aku tak reti main tukar2 blog template ni, coding pon is not my area and last2 the view of the blog become disaster. A 4 years old blog kot. sayang kan... But umur bukan segalanya orang cakap..So, i'll just write here. no harm.


A big welcome to readers yang sudi membaca. Harapannya kewujudan blog ni akan bagi kebaikan for both writer and readers of course. Kalau ada tersilap tulis, terkasar bahasa terlancang kata (or even typo error) please remind me. Dan seseorang itu bukanlah seorang manusia jika dia tidak pernah membuat kesilapan. Dan jika dia selalu silap jugak, dia juga bukan manusia. Kerana manusia itu punya akal, untuk belajar daripada kesilapan.Paham?

And yeah, i'm hara :)