Tuesday 2 February 2016

Heavy. Too Heavy

Hi, Assalamualaikum.

Sebak, kali ini terlalu sebak.
Bukan kerana hal remeh itu.
Tapi, puncanya hati terlalu tak tertahan menanggung beban yang terpikul di dalam dada.
Walau terjentik sedikit cuma, ternyata pecah sudah balutan hati yang terlalu banyak ditampal akibat luka lalu.

Cuba, cubalah untuk terima.
Cubalah untuk sabar.
Kerana setiap sabar itu pasti ada balasan yang baik di hujungnya.
Belajarlah untuk tidak menangis.
Kerana orang yang menangis itu terlalu rapuh, terlalu mudah untuk jatuh.

Sudahla, air mata. Just wipe it off!!

Hara

Sunday 24 January 2016

Kisah Semalam, Hari Ini dan Esok

Asssalamualaikum, hai.

Harini ini tak mungkin sama dengan semalam.
Kerna,
Semalam cuma sebuah cerita yang hari ini tak mungkin ulangi sama sepertinya.
Ramai yang mahu hari ini berakhir.
Namun,
Esok siapa tahu.
Apa kisahnya...


Hara.