Sunday, 16 June 2013

Ayam Berendam Butter

Hai, Assalamualaikum

Hari ni nak share resepi
Butter Chicken

Garnish fail.. Nasib baik ade rimau sekor ;p
Senang je
Bahan2:
Ayam (potong dadu)

Bahan A
Tepung gandum
Tepung jagung
Serbuk cili (option)
Serbuk kari
Garam sikit

Dont forget telur

Butter sauce:
Bawang merah - 1 biji
Bawang besar- setengah
Butter- 2 sudu besar
Daun kari -setangkai
Cili padi- depends kapasiti perut masing2
Susu cair- 1/2 tin

Caranya mudah je puan2..
First skali kita buat ayam dulu. Campur je semua tepung n serbuk daripada bahan A. Kemudian,kita celupkan ayam dalam telur pastu golek2 atas tepung yg dah digaul tadi. Then lemaskan mereka di dalam minyak yang panas. Kalau nak bagi ayam tu lagi rasa pedas kekarian sikit, perap dulu sekejap ayam dgn srbuk kari.

Bila dah siap goreng ayam..then kita buat sos pulak. Tumis bawang merah, bawang besar, cili padi n daun kari dengan butter. Kalau nak lagi sedap bawang2 td tu kita blend/ tumbuk dulu dengan cili padi. Pergh..pasti terangkat. Bila bau dia dh naik, kita letak susu pulak.. kalau nak creamy letak banyak. kalau tak, suka2 hati la nk letak banyak mana. Asal nampak rupa. Kacau kejap. Tambah air sikit, taknak tambah pun ok je. Last skali, kita gaul ayam yang dah goreng tu masuk dalam. Kalau nak berkuah banyak tu jangan biar lama sangat atas api. Nanti kering kontang. Tutup api. Then, makann..nyum2.

ps: Butter ciken ni sedap makan panas2. Makan ngan roti pun sodap.
pss: Maybe ada benda terlupa. Akan diimprovise later k ;)
psss: Bajet masterchep la nii, hehe

4 comments:

  1. Ala baru lepas lunch, kalau tak boleh try resepi ni tadi ;)

    ReplyDelete
  2. kena past kat kakak la nmpaknya resepi ni..kawe tak rajin masak hihi

    ReplyDelete