Monday, 29 April 2013

G.E

Hai, Assalamualaikum..

Pada suatu hari aku masuk sebuah kampung. Redup je rasanya. Eh, nak hujan ke? Macam gelap je. Tengok atas, wow. Ada kainlah, Macam-macam warna pulak tu.hehe. Meriah semacam je kampung2 dengan bendera warni warni sekarang ni. Kalau ada parti pakai bendera kaler pink mesti lagi meriah kan, hehe. Mengarut sudah..

Mengikut apa yang aku dengar and tengok daripada media-media lah kan yang katanya kali ni punya pilihanraya paling sengit. Memang hangat pun and aku sendiri boleh rasa since aku pun first time nak pergi mengundi ni. But i think yang 5 years before punya election aku tak rasa apa-apa. Although time tu  aku dah dekat matrix, aku macam tak tahu apa-apa. Ingatkan dekat tempat aku je yang ada election masa tu and i thought ada YB tempat aku meninggal and election dibuat lagi sekali. Wahaha. Vongoks betol! Nampak sangatlah seperti anak-anak hingusan yang langsung taktahu dan tak ambik tahu apa cerita keadaan negara. Cuma tahu cuti je. Padahal budak darjah 6 era 2013 ni macam-macam dah diorang tahu. Dari bab corruption sampailah bab trolling, heh. Bijak3..

Tapi sekarang tak boleh innocent dah. Nak taknak kita kena tahu dan ambil tahu. Why? Simply because Malaysia tanah airku.


So persoalannya sekarang, nak pilih siapa? Pada mulanya aku fikir "kita mesti tengok calon bukan parti". Mula2... Lepas tu bila ada orang argue katanya, kalau calonnya baik, boleh buat kerja sekalipun tak semestinya pentadbiran negara will be okay since orang atas daripada parti berkenaan tak semestinya ok and tak semestinya tak corrupt macam calon tempat korang. So, aku dilema lagi. Social media especially memang banyak membantu mengkonfiuskan fikiran aku. Bila tengok cerita A macam betul. Tengok pulak yang B, hmm.. Betul jugak. Aku cuma harap apa yang aku pilih nanti menjadi majoriti (?) hehe.. Takdelah, cuma aku harap parti yang menang nanti akan jadikan Malaysia ni negara yang menjadi idaman semua orang to live in. And of course in a rightful way. Itu  je.


p/s: Mentang2 la dah dekat2 election ni ramai pulak calon belanja bapak aku makan kat kedai, hehe. Rezeki jangan ditolak kan. Kita pilih sape yang belanja lebihlah. Boleh? ;p

Tuesday, 23 April 2013

The Heart Corruption

Hai, Assalamualaikum..

Muhasabah jom :)

[source]
If we do care..

Sunday, 14 April 2013

Holiday yang Tak Jadi

Assalamualaikum, hai


Saya mahu pergi holidayy!! kenapa tiba-tiba nak berholiday pulak nih? hehe.. Hari tu dah cuti kejap. Tapi rasanya tak cukuplah, hihi. Rasa nak cuti lama sikit, nak pergi pulau. Tetapi, biasalah.. manusia suka merancang, bila tak jadi mulalah frust menonggeng. First2 awal tahun haritu mak aku plan satu family pergi jalan Perlis, alang2 pergi Perlis nak ke Langkawi terus. Namun, apakan daya selagi korum tak cukup mak tak bergerak. Alkisahnya adik aku tu pulak masuk palapes so takboleh join.. jadinya tak jadilaah.

No 2. My bffs ajak pergi jalan hujung minggu ni. Tempat tu macam jauh daripada rumah, and kalau nak pergi aku kena naik bas sorang2 since the bffs already duduk dekat area sana. Apabila kebenaran diminta daripada sang bapak, sang bapak tak bagi la pulak pergi sorang.. Argh, memang frust! I really wanna meet them.
belayar dalam rumah sudahla...

No 3. I need more weekend. Thanks :)

Monday, 1 April 2013

April

Assalamualaikum, hai

Pejam celik pejam celik sekejap je masa berlalu. Rasa macam baru semalam masuk 2013. Eh, hari ni dah April? Well, time flies~

Cakap pasal April ni teringat waktu sekolah. Yea, aku suka kenang memori lama. Takut nanti umur makin bertambah ingatan makin lemah. Maka lupalah aku pada memories yang best2 tu. The fact that we are growing older memang tak boleh deny lagi. Pernah satu hari adik aku duk bercerita kisah-kisah lama. "Kak ingat tak time tu kita main lumba basikal, blablabla.." I was like....blank. Bila masa pulak aku main basikal? Warna apa? Darjah berapa? Kat mana? Macam orang amnesia pun ada rasanya.


Back to the school. Masa tu hari lahir aku. Birthday girl nak merasa sambut birthday, so birthday girl pun belila sebijik kek coklat.. Since aku ngan best friend aku share tarikh lahir yang sama, so kitaorang buatla untuk satu kelas. Bila dah masuk waktu rehat, our birthday party *konon-kononnyelah tu* pun start..

Tengah2 potong kek tu, tetiba aku rasa macam terbau taik kucing. Angkat kaki, semua tengok tapak kasut. Ye kasut aku nampaknya. Cek2 lagi, kain pun terkena nampaknya. Hampeh betul. Stress kott.. Dengan lapar lagi, kek pun makan lagi.  So, aku ngan beberapa orang kawan yang prihatin cepat2 pergi toilet untuk bersihkan kasut n kain tu. Dah basuh-basuh tu, bau dia still lekat n tak bersih jugak. Memang huru hara. Duk mencuci benda alah tu bukan sekejap. Selagi tak selesai urusan aku memang takkan keluar daripada toilet. Time rehat pulak dah habis. Cikgu dah masuk agaknya.

Semua orang pun masuk kelas. Tinggal aku sorang. Nasib baikla, budak2 asrama ada. Diorang yang kesian kat aku ni bagi pinjam kain and sandal. Baru la aku berani nak masuk kelas. Time tu cikgu dah nak keluar dah. Memang worst birthday ever.. Balik-balik tengok kek pun dah habis. Memang takleh bla punya kawan2.


But the next year, diorang buat suprise party kat aku, sambil mengenang kembali insiden taik kuceng kuangjaq tu.
Meh kita pulas telinga dia
Oh, by the way bulan kelahiran aku bukan April. Tak perlu wish anything.