Wednesday 27 March 2013

The Road Taken

Assalamualaikum..hai

Thanks for those yang share pengalaman kerja haritu. Sekarang i'm better. Thanks again. Hari ni bukan nak cakap pasal kerja, tapi pasal belajar. Belajar lagi, boriingg..haha.

Hari tu aku ada plan whether nak terus kerja or sambung study kan. Rasanya hampir dah nak decide dah ni (hampir?-.-). Semuanya bergantung pada keadaan... Thats why aku kata hampir..

First thing first, aku takkan sambung study if tak dapat scholars or pinjaman MARA atau pinjaman boleh ubah yang lain. Why? Yeah, money come first. Mana nak cekau ribu raban kalau tak ada orang sponsor kan? And kalau boleh, aku memang taknak mak ayah aku keluar duit walau sesen.

And since, aku terlambat isi borang mara, tau2 baru je expired. Agak frust menonggeng di situ. Namun, ada hikmah yang terselit. Di mana aku sendiri pun tak habis explore lagi course yang nak ambik, uni mana nak pergi, IELTS pun belum ambik and whatsoever, and i pun belum grad lagi uollz. Course start maybe time aku grad. Gila kau tak pergi graduation day sendiri. Eh kejap, rasanya belum mention yang insyaAllah aku nak sambung oversea. Kalau boleh UK, erk..(tinggi cita2 kau!). Takpe, yang penting usaha and semangat!

Tapi, kalau tak dapat oversea pun nak sambung jugak in the sea, hihi. Dalam negara pun okay, asalkan scholars mariii..hehe. InsyaAllah lepas grad, kerja dulu barang setahun. After fulus manyak masuk i'll start my journey. InsyaAllah..

Bukannya apa, aku pentingkan fulus2 ni.. Family aku bukannya orang senang, mak ayah banyak tanggungan.. Lagi2 i'm the first. Kalau orang tanya, mesti cakap berat tanggungjawab. Thats why, i love my family very much.. Mana adik aku 2 orang nak pegi oversea jugak tahun ni. Memang tak pikir orang lainla kalau aku pergi jugak this year. Tu sebab la lately ni banyak aku folo blogs student2 masters yg dh study kat luar, rasa inspired sikit, hehe. So misi sekarang hantar application scholars banyak2, survey u and cari kawan buat teman.

Wait there ;p

Ni lagi satu hal, kena cari kawan buat teman kalau nak pergi oversea jugak. Nanti la aku story. Rasa macam dah cukup panjang entry ni.hehee

Till then, bye2. Adios :)

Monday 18 March 2013

Lari

Hai, Assalamualaikum....


Semenjak dua menjak ni, hidup aku rasa macam kosong. ceyh, ayat tivi tuu..hehe. Its just no fun. Tapi betul, rasa mcam dah tak ada nikmat dah hidup ni. Biasanya orang yang cakap macam ni ayat orang mencari agama ek. But Alhamdulillah. So far, mak ayah aku selalu bagi didikan agama. Bukan setakat mencukupi, malah melimpah ruah, Alhamdulillah sangat2.. Pagi2 selalu dengar tanyalah ustaz, sejak2 kerja ni memanglah kena bangun awal. Kalau tak, lepas subuh tu dah pergi ke alam lain dah kann...

So, bila ke mana-mana, aku bawak diri aku bersama segala tunjuk ajar diorang, aku bawak apa yang cikgu2, ustaz-ustazah dan kawan2 yang sememangnya banyak mengajar n lead me to a good way. Bila kerja, aku rasa semua tu hilang. It's like i'm alone again..and aku rasa aku-seorang diri memang tak mampu. Tak mampu nak bawak diri sendiri..It's not like orang2 kat tempat kerja ni tak baik, semua layan aku dengan baik. Its just aku belum rasa the "bond". Pastu nanti orang akan cakap, "Biasalah, baru lagi..memang tak biasa lagi dengan diorang..". Nope, this time memang lain.


Aku rasa mostly dekat tempat kerja hanya berlakon semata. Tapi bukan semua. They are good just untuk kerja. But, bila satu2 kerja tu dah habis, barulah the real diri tu keluar. Macamana nak cakap ye. Contohnya macam ni la, bila pergi kerja pakai tudung..habis waktu kerja tudung terbang entah ke mana, rambut pulak punk bagai. Err, mungkin environment lain, aku sendiri yang rasa tak selesa or what, i dont know. Aku cuma harap, apa yang aku rasa ni hanyalah perasaan semata-mata.. Dalam waktu praktikal ni jugak buat aku berfikir berkali-kali sama ada after this nak kerja sendiri atau makan gaji, or perhaps full housewife *angkat kening*.

Berbalik kepada tajuk. Yeah, aku mintak cuti untuk "lari" sekejap. Seriously i need to sort myself.

p/s: tak sabar nak habis. Nak duk rumah, masak. Bior x reti sangat pong

Till then, bye2 :)

Monday 11 March 2013

Cinderelalok


Hai, Assalamualaikum..

Alhamdulillah..sekarang dah praktikal. Means dalam dunia kerja. A little bit touch of corporate. So, penampilan kena jaga.  Jaga lah sangat. So, in attempt untuk nak jadi pekerja berkaliber, aku pun tukarlah imej sikit. Tak banyak, sikit je. Tang kaki je aku tukaq sket. Baju kurung jugak pakainya. Tapi kalau before ni pergi kelas just pakai flat or sandals, now dah tukar sikit ke high heels. No, not yet. Wadges la kot dulu. (bukan kentang wedges hokayy). So, aku pakaila dengan perasaan tingginya ke ofis..


Satu hari ada urgent matter dekat toilet. So, aku lari la lelaju sikit. Sampai je dalam toilet, papp.
Haaa.. kan dah terlicin. Nasib tak jatuh je. 
Tu je nak cite. Sekian terimakasih.

Till then, bye2 :)